Apa itu Endometriosis?

Rasanya masih ramai antara kita masih tidak tahu apakah sebenarnya endometriosis ini....malah aku juga tidak mengetahui perkara ini sehingga aku sendiri telah dikhabarkan oleh doktor tentang penyakit ini...jom kita review sikit masalah ini...
- Endometriosis adalah masalah perubatan atau penyakit yang berkaitan dengan tisu yang melapisi bahagian dalam rahim (juga disebut endometrium) telah tersebar dan tumbuh di kawasan organ lain di dalam tubuh wanita. Kebiasaannya berlaku pada organ-organ pelvis. Endometriosis yang ditemui di saluran fallopian dan ovari boleh menyebabkan parut, pelekatan dan salur fallopian tersumbat serta boleh mempengaruhi kesuburan seseorang wanita.Endometriosis dikatakan menyerang 7 peratus daripada wanita dalam lingkungan umur 18-35 tahun dan merupakan salah satu sebab utama mengapa wanita gagal hamil.
- Endometriosis merupakan masalah dimana dinding rahim secara abnormal wujud di bahagian luar rahim. Dinding rahim yang biasa memang masih ada dalam rahim, tetapi endometriosis adalah masalah dimana terdapat dinding rahim tambahan. Ia boleh berlaku pada kawasan pelvis terutamanya pada ovari dan juga dijumpai pada otot rahim, pada rektum, kawasan antara rektum dan vagina, kawasan antara vagina dan salur kencing, otot abdomen, usus. Ini menyebabkan kesakitan sekitar waktu period. Sakit tersebut biasanya berlaku di kawasan belakang badan sebelah bawah, pelvis dan kaki, seperti mencucuk cucuk. Perempuan yang mengalaminya biasanya tidak dapat menahan sakit dan mereka makan ubat panadol untuk melegakan sakit tersebut.
Masalahnya jika dibiarkan endometriosis boleh menyebabkan:
- organ pada pelvis bercantum antara satu sama lain, menyebabkan lebih lagi kesakitan
- decidualization di mana dinding rahim tambahan tersebut berubah struktur
- pendarahan dalaman sekiranya bebola endometriosis tersebut pecah (chocolate cyst)
- kesakitan sekitar waktu period (dysmenorrhea)
- sakit sewaktu buang air kecil, dan terutamanya sewaktu menahan air kencing
- rasa kencing tak puas, dan kerap kencing
- masalah sembelit
- masalah dengan kesuburan (infertility)

0 comments:
Post a Comment